WANITA SOLEHAH itu auratnya dijaga
Pergaulan dipagari
Sifat malu pengikat diri
Seindah hiasan di dunia ini
Keayuan WANITA SOLEHAH itu
Tidak terletak pada kecantikan wajahnya
Kemanisan WANITA SOLEHAH
Tidak terletak pada kemanjaannya
Daya penarik seorang WANITA SOLEHAH itu bukan pada
kemanisan bicaranya yang menggongcang iman para Muslimin
Dan bukan pula terletak pada kebijaksanaannya
bermain lidah, memujuk rayu
BUKAN ! DAN TIDAK SAMA SEKALI !
Kepetahan WANITA SOLEHAH
Bukan pada barang kemas
atau perihal orang lain
Tapi pada PERJUANGANNYA !
Meningkatkan martabat agama
Nafsu sering mengatakan bahawa wanita cantik
atas dasar paras rupa, liuk lentok lenggangnya, manja tawanya
Yang indah bak permata yang menyeri alam
Akan menyatakan wanita cantik atas kemajuannya
dan kekebalannya dalam menuntut dan menyampaikan ilmu
Serta pandai dari segala aspek
Hati wanita menyatakan kecantikan wanita terletak
pada akhlaknya
Itu pun seandainya hati itu bersih untuk dinilai
Wahai WANITA SOLEHAH,
Jangan dibanggakan dengan kecantikan luaran
Kerana suatu hari nanti ia akan lapuk ditelan dek zaman
Tetapi jaga dan peliharalah kecantikan dalaman
Agar diri bersih dan sentiasa mendapat rahmat Ilahi
Wahai WANITA SOLEHAH,
Jangan berbangga dengan duniawi
yang engkau kuasai
kerana ada lagi manusia yang jauh lebih hebat
dan berpengetahuan daripada dirimu
Wahai WANITA SOLEHAH,
Jangan pula berduka cita atas kekurangan dirimu
Kerana ada insan lain yang
lebih malang daripadamu
Wahai WANITA SOLEHAH,
Jangan dirisaukan akan jodohmu
kerana suatu hari nanti pasti akan ada
seorang Muslimin yang bijaksana
beriman dan bertakwa kepada-NYA
Ia tidak akan terpaut pada wanita hanya kerana kecantikan
tapi kerana agamanya
Bersyukurlah di atas apa yang ada
Serta berusahalah demi keluarga, bangsa dan agama
SALAM PERJUANGAN BUAT WANITA SOLEHAH
FIRMAN ALLAH S.W.T :
" Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu
anak-anak perempuanmu yang beriman, supaya
melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya
(semasa mereka keluar), cara yang demikian lebih sesuai
untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik)
maka dengan itu mereka
tidak diganggu
Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun
lagi Maha Mengetahui"
( SURAH AL-AHZAB : 59 )